Saturday, May 14, 2011

Teks Syarahan Agama

Teks syarahan ni saya nk share la sama2 dgn uol yg interest or cari information ape2 psl tajuk syarahan agama ni...alhamdulillah,teks ni bnyk m'bantu sy spanjang penglibatan dlm 3 thn dlm Majlis Tilawah al-Quran di sekolah menengah...Try it...


                                
SEK.MEN.KEB.BUKIT GAMBIR
JLN.BUKIT GAMBIR 11700 GELUGOR PULAU PINANG

TAJUK SYARAHAN:AKHLAK MULIA PENCETUS UMAT SEJAHTERA

NAMA PESERTA:NUR SYAFIQAH BT AZIZI


Terima kasih saudara peneraju majlis,yang saya hormati kombinasi kehakiman pendukung kebenaran seterusnya hadirin sidang warga dewan yang dimuliakan Allah sekalian.Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.”Akhlak Mulia Pencetus Umat Sejahtera”,begitulah bunyinya mauduk syarahan saya pada hari yang dirahmati Allah ini.Sebelum kata melancarkan bicara,izinkan saya menginterprestasikan frasa penting yang terkandung dalam mauduk syarahan saya.

Frasa ‘akhlak mulia’ merujuk kamus dewan edisi ke-4 ialah budi pekerti atau tabiat yang luhur.Manakala definisi bagi ‘pencetus’ diklasifikasikan sebagai melahirkan ataupun perangsang.Seterusnya,frasa yang terakhir sekali iaitu ‘umat sejahtera’ dikatakan sebagai segolongan manusia yang hidup dalam keadaan aman dan makmur.

Saudara-saudari yang saya kasihi,

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Orang-orang mukmin yang lebih sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya.(Hadith riwayat:al-Tarmidhi)

Dapat kita lihat kaitan yang erat antara iman dan akhlak. Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa orang yang mempunyai kesempurnaan akidah dan iman ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.Rasulullah sendiri mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi sehingga mampu menjadi contoh tauladan dan ‘qudwah hasanah’ kepada seluruh umat manusia.  

Hadirin-hadirat yang budiman,

Menelusuri kata kunci saya yang-1 iaitu “Akhlak mulia pencetus umat yang sejahtera”.Dengan akhlak yang mulia,manusia mengetahui hala tuju,tujuan dan tugasnya di atas muka bumi ini.Allah telah menciptakan seluruh alam ini dan Dia tidak akan menciptakan tanpa sebab dan tujuan.Begitu juga umat yang diciptakan oleh Allah untuk menggalas dua tugas utama iaitu sebagai hamba-Nya dan khalifah-Nya di atas muka bumi ini.Firman Allah :                                                                                                 
Maksudnya: Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku(surah al-Baqarah:30). Sebagai hamba Allah,kita sebagai manusia haruslah melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala
larangan-Nya.Jika manusia tidak mengabaikan apa yang disuruh-Nya pasti dapat menciptakan umat yang sejahtera dan jauh daripada berakhlak mazmumah.


Hadirin-hadirat yang dihormati Allah,

Seterusnya,kata kunci saya ke-2 adalah “Kekuatan akidah memainkan peranan penting dalam membentuk umat yang berakhlak mahmudah”.Menurut Ibn-Miskawayh,al-Tusi dan al-Ghazali meyakini sekiranya keadaan jiwa itu tidak tenang dan berserabut,ia akan menghasilkan tindakan luaran yang janggal dan tidak bermoral.Sebaliknya,jika jiwa seseorang itu tenang dan sihat,ia akan menghasilkan tindakan luaran yang bermoral.Oleh itu,jiwalah yang perlu dididik dengan sebaik-baiknya untuk mencapai akhlak yang terpuji.Dengan kekuatan tauhid dan akidah, manusia akan merasa persamaan antara manusia di hadapan Allah.Tanpa ada perasaan egoistik dan invidualistik maka akan lahir umat yang berakhlak mulia dan bersatu padu dalam keadaan damai dan harmoni.

Sidang dewan sekalian,

Huraian saya ke-3 iaitu “Umat yang berakhlak mahmudah mengetahui sifat-sifat Tuhan”.Justeru,dia akan berusaha bersungguh-sungguh menurut kekuatannya sebagai seorang manusia supaya dapat meneladani sifat-sifat Allah s.w.t.Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang lalu dia berusaha supaya mempunyai sifat santun dan penyayang.Begitulah jua dengan sifat-sifat Allah yang dapat diketahui dalam al-Quran dan Hadith.Maka umat yang beriman akan meyakini bahawa dalam dirinya terdapat sifat-sifat kesempurnaan yang baik yang mampu ditonjolkan melalui akhlak mahmudah.

Hadirin sekalian,

Hujah saya yang ke-4 ialah “Umat yang mempunyai akhlak yang luhur dan terpuji akan sentiasa mencontohi peribadi dan akhlak Rasulullah s.a.w.
Firman Allah :                                                                          Maksudnya:Sesungguhnya Rasulullah itu menjadi contoh tauladan yang baik bagi kamu(surah al-Ahzab:21).Peribadi Rasulullah merupakan contoh yang baik kepada sekalian umat manusia.Ini kerana sebagai nabi dan utusan Tuhan,baginda merupakan orang yang paling mengetahui tentang agama yang dibawanya iaitu Islam dan bagindalah yang paling sempurna mengamalkan ajaran Islam.Maka sebagai umat baginda yang kasih kepadanya,seharusnya kita mencontohi peribadi dan akhlak yang dimiliki baginda.Kemuliaan dan keluhuran akhlak baginda tidak sahaja diakui oleh manusia sehingga baginda diberi julukan al-Amin bahkan Allah yang mengutusnya sendiri mengakui hal ini.
Firman Allah:Sesungguhnya engkau (hai Muhammad),memiliki budi pekerti yang luhur(surah al-Qalam:4)

Sidang dewan sekalian,

Kata kunci saya yang seterusnya ialah “Dengan keluhuran akhlak dapat membataskan manusia daripada melakukan perbuatan yang dilarang Islam”.Selain itu,dengan berakhlak mulia  dapat membataskan manusia daripada mengikut hawa nafsu terus-terusan mengajak mereka berakhlak dengan akhlak mazmumah.Mereka yang mempunyai asas akhlak yang luhur akan sentiasa meyakini bahawa Allah mengawasi gerak-geri mereka dan Dia tahu apa sahaja mereka lakukan sama ada terang-terangan atau tersembunyi daripada pandangan orang lain.Sebaliknya,mereka yang tidak mempunyai asas akhlak yang mulia akan terumbang-ambing kerana kehilangan arah dan hanya menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan.Malangnya,mereka alpa bahawa keseronokan duniawi hanyalah sementara.

Hadirin-hadirat sekalian,

Huraian saya yang ke-6 iaitu yang terakhir sekali ialah “Dengan keluhuran akhlak dan akidah yang utuh,sistem moral atau ideologi ciptaan manusia secara automatiknya tertolak”.Manusia yang mempunyai akhlak yang luhur dan akidah yang utuh,tidak akan terpengaruh dengan slogan anti-agama atau anti-wahyu yang akan menciptakan umat yang huru-hara dan hidup tanpa landasan undang-undang dan batasan.Ini kerana manusia menciptakan sesuatu berdasarkan tingkat akal mereka yang terbatas dan menurut hawa nafsu semata-mata demi agenda tertentu.Namun,sistem moral dan akhlak yang diciptakan Allah yang menciptakan manusia adalah lengkap dan universal.Malahan,sistem moral dan akhlak-Nya menepati fitrah manusia itu sendiri.

Muslimin-muslimat yang dihormati Allah,

Konklusinya,jelaslah kepada kita bahawa akhlak mulia pencetus umat sejahtera.Akhlak mulia merupakan jati diri kepada umat Islam.Dalam konteks negara kita yang sedang berjuang untuk lahir sebagai sebuah negara maju bersandarkan modal insan yang cemerlang.Kita perlu mengorak langkah sedaya upaya untuk kembali menghayati dengan setepatnya pengajaran agama dari segenap sudut terutama pencetus umat sejahtera iaitu akhlak mulia.Sekian,terima kasih.                                             
                            





17 comments:

  1. Layari laman web berikut untuk mendapatkan maklumat mengenai panduan Mencipta teks syarahan agama mtqss
    http://cinta-ilmu-islam.blogspot.com/
    http://cinta-ilmu-islam.blogspot.com/
    http://cinta-ilmu-islam.blogspot.com/
    http://cinta-ilmu-islam.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. asslmualaikum.. mohon copy syarahan ni ye.. terima kasih.. semoga anda beroleh ganjarannya dari Allah

    ReplyDelete
  3. mohon copy ya :) semoga akak akn dpat gnjarannya nanti
    terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. mohon copy yer..smoga beroleh ganjaran dri Allah

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,mohon copy yer,isinya bagus dan pengolahan huraian yg kemas,

    ReplyDelete
  6. assalamu'alaikum mohon copy saudari....

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mohon copy.trima kasih.semoga Allah memberkati hidup saudari

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum mohon copy yer. semoga kak dpat ganjaranya aamin.

    ReplyDelete
  9. assalamaualaikum kak.. minta maaf..

    saya nak minta izin copy teks... sebuah teks yg bernas dan lengkap dengan idea yang terkini :)

    terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  10. assalamaualaikum kak.. minta maaf..

    saya nak minta izin copy teks... sebuah teks yg bernas dan lengkap dengan idea yang terkini :)

    terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  11. mohon copy teks ni ye
    terima kasih:)

    ReplyDelete
  12. salam. mohon share teks ni ye.. terima kasih

    ReplyDelete
  13. assalammualaikum kak
    sy nak minta izin copy teks ni ... teks ni sgt mmbantu sy

    ReplyDelete
  14. saya minta izin copy teks.. semoga sentiasa dirahmati Allah

    ReplyDelete
  15. saya mohon copy teks ni ye..semoga perkongsian ilmu membawa barakah kpd puan

    ReplyDelete